instagram

i don’t have so many times to upload more pictures. this is the only way i can share some pictures of mine.

this is my little one

this is the eldest one

she is my lovely wife

i love my x100. so classic

all four of us love sunset

we love to escape. ie. travel.

i love to see birds

we visited crocodiles a week before, in miri, sarawak.

monkeys. they're our kids' favorite animal

i spent the whole month here in miri. she famous with her 'the grand old lady'

my favorite 'gado-gado', only can be found in Labuan. the best so far.

i love to stay in the boutique hotel. this is one of them. avida hotel, labuan

i am working at amphibia environment. sometimes on land (onshore), sometimes on the sea (offshore). hehe. on-the-sea, is it right?

very cheap in labuan. you should try for yourself.

the best view in the plane, up in the air. i love clouds.

nice view from my house. view from balcony.

the best so far. can't wait

both of them are the best from the best. hehe. i love you sons.

future field engineer.inshaAllah

mulut bercakap, tangan angkat cawan bos

siapa yang pernah melalui keadaan dimana berlaku 2 perkara serentak di dalam satu saat dan pada ketika itu, pergerakan tangan/mulut secara spontan melalukan perkara yang tidak dirancang?

pasti ramai bukan?

beberapa hari lepas, iaitu hari isnin, bersamaan juga hari pertama bekerja selepas cuti raya yang panjang, berlaku satu kejadian yang tak disangka-sangka.

hari pertama bekerja selepas bercuti, email beratus2 masuk inbox. warga kerja dari labuan base office juga bertalu2 memberikan panggilan telefon. mesej sms dari krew dan coordinator juga bertalu2 masuk ke handset. ketika itu dikedai makan.

semasa berjalan ke arah meja yang telah penuh diduduki oleh bos-bos besar, segala panggilan, sms dan perancangan mengenai aktiviti terdekat dilakukan. mulut bercakap melalui phone. tangan memegang sepinggan nasi.

dik, nak minum air ape eh?

limau ais kak. balas saya, simple.

menyambung kembali perbualan dengan base manager di labuan. bla, bla, bla, bla. erk, bla bla.

lantas saya tarik kerusi, dan duduk. sambil bercakap dengan base manager melalui phone, dengan pantas tangan saya menghirup air kosong / mineral di atas meja, sambil diperhatikan oleh bos saya.

selamba aje dia minum air aku. kata bos saya sambil ketawa memerli.

erk! terhenti sekejap meneguk.

alamak, ini air bos lah! aiseh, malu siot. ramai pulak bos2 lain ada dimeja yang sama.

dengan pantas, saya order 1 lagi gelas kosong yang baru!

akhirnya, setelah sekian lama

setelah sekian lama, baru dapat curi-curi masa untuk shoot ain+joe. dari dulu lagi mereka cuba untuk dapatkan slot shooting mereka, namun, sangat busy. hanya last week baru dapat shoot this couple. bayangkan, betapa sabarnya mereka menanti. hehe. jangan marah eh ain+joe berdua.

ain+joe, next week dorang nak kahwin!

* i like this style, hehe

ni lah tempatnya *somewhere near KL

kembali kepada rutin asal, ah..begitu kental!

last few weeks, I busy with my small project.

D18 Field, Sarawak Water

zaidie a.k.a panjang, the rockstar

fadily hisyam a.k.a the surveyor

suherman a.k.a the iron hand

haddy a.k.a the silent killer

brotherhood

baba black SHIP

peace!

bye bye

burning himself

p/s: all pictures taken by my fellow friend, haddy arman. He was using a Canon Digital Camera.

jun bulan yang busy

fuh, bulan june sememangnya bulan yang sangat busy.

banyak yang perlu dilakukan di rumah, pembangunan anak-anak

wedding = perkahwinan

dan banyak masa sy dihabiskan diluar, kesian wife kene tinggal sorang-sorang.

best picture for June! :)

good bye June, welcome to July.

merantau itu adalah ubat yang terbaik

dah lama x merantau. merantau bermaksud berjalan menjelajah tempat orang lain.

seperti gambar-gambar di bawah, kami sekeluarga merantau ke utara. wife kata nak pergi jalan-jalan.

saya ok aje. :)

lantas, kami sekeluarga merantau. saya+isteri+abang sulung+adek bongsu.

kami ke pulau langkawi. kali terakhir saya ke sana, adalah kira-kira 8 tahun yang lepas. begitu banyak perubahan yang terjadi, dan ianya baik untuk langkawi.

gambar abang Y dengan mama

gambar adek O dengan papa

ini abang Y

ini pula adek O

mereka langsung x duduk diam walau sesaat. aktif betul. hehe. alhamdulillah.

antara tempat yang dilawati, gunung machincang. sungguh menarik dan cantik

untuk gambar yang lebih banyak, boleh click link ini, ataupun if susah-susah, add saya nanti dalam FB. banyak boleh tengok gambar-gambar kat langkawi dan utara.

terkenang sedetik

semalam, ketika sedang menunggu di ruangan menunggu kwsp, bos saya menunjukkan wang simpanan yang berada di dalam akaun I dan akaun II. pergh, memang berpinar-pinar mata bila tengok jumlah di ruangan sebelah kanan bawah. otomatis, jutawan. (mane boleh cakap lebih-lebih, PNC! hehe)

bila melihat kepada baki akaun I dan akaun II saya, lantas berputik rasa rendah diri. bila lah mempunyai wang yang sebegitu banyak seperti bos saya.

kenapa masih x mempunyai wang yang mencukupi?

umur saya sudah 2X tahun, tapi baki akaun di dalam bank simpanan pula hanyalah sedikit. saya berfikir. ketika itu saya melihat skreen tv yang ada di gantungkan di ruangan menunggu. terpapar gambar pergunungan yang sangat cantik, dan kamera video itu mengambil gambar secara bergerak dari puncak gunung, ke bawah, dan terus melalui air terjun. ya Allah, sangat mengagumkan dan cantik!

tatkala itulah saya sedar, mengapa saya tidak mempunyai simpanan yang banyak. mungkin disebabkan oleh perkara-perkara seperti dibawah, yang mana saya bersyukur kerana saya telah melalui dan mempunyai pengalaman yang mungkin tidak boleh dibeli dengan wang ringgit :

1) saya pernah menjejakkan kaki di 3 benua. (Asia, Afrika dan Eropah)
2) saya pernah berada di lautan dalam, dan membanting tulang mencari rezeki berbulan bulan
3) saya pernah mendaki gunung tertinggi di asia tenggara
4) saya pernah menjejakkan kaki ke ‘bumbung eropah’, kawasan paling tinggi di eropah
5) saya pernah merentas gurun sahara, gurun terbesar di dunia
6) saya pernah melintasi sungai nil, dan melintasi serta melihat dari udara :p
7) saya pernah mendaki beberapa gunung tertinggi di semenanjung malaysia (termasuk dalam kategori G7)
8) saya pernah menaiki TGV yang salah, dan terpaksa bertukar train secepat mungkin, jika tidak akan stuck di jerman
9) saya pernah berada di dalam terowong bijih timah di bawah tanah, di kenali antara yang terdalam di dunia
10) saya pernah menaik tren lama (seakan akan menaiki tren di india), dan merentasi hutan belantara, menuju ke hulu sungai untuk merentas jeram (water rafting) selama 4 jam. Antara pengalaman terbaik saya!
11) saya pernah merasai pengalaman berada di tempat yang suhu nya hampir 50 degree celcius
12) saya pernah merasai pengalaman berada di tempat yang suhunya hampir -30 degree celcius
13) saya pernah mempunyai lesen memandu yang tempoh tamatnya 10 tahun, dan memandu kereta di sebelah kiri.
14) saya pernah merasai segala jenis pengangkutan, dari basikal,motor,kereta,bas,kapal,bot,rakit,kapal terbang,helicopter. cume jet aje yang belum. :p
15) saya akan terus mencari segala jenis pengalaman baru yang tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit.

lantas, saya tersenyum sendirian.

sibuk sangat

semenjak akhir-akhir nieh, saya sangat busy.

busy itu bagus.

busy dengan kerja, kehidupan, projex x, dan macam macam.

sebulan dua nieh, photography stop kejap. takut benda yang dikejar x dapat, yang di kandung keciciran.

taxi driver, sembang pagi

cerita dan tajuk ini saya cuma copy dari blog lama. memandangkan, terkenangkan peristiwa pagi tadi, semasa sesi berbual dengan taxi driver.

060809 & 070809 (dua hari nak karang cerita nieh, sibuk sangat masa tu agaknya)

#maafkan penggunaan bahasa yang agak kasar. ;p

semalam, aku terjumpe ngan 1 chinese guy ni. terjumpa kt hotel sebenarnya, xsangka pun dia ada kat labuan jugak. before this pernah jumpa dia kt KL. he is very simple and easy guy, eventhough have millions dollar singapore (dalam bank). dia ni mudah & senang nak berborak. xpernah sempat aku nak hulur tangan dia hulur dulur, memang kali ni aku hasrat nak hulur dulu, tapi x sempat, dia jugak yang hulur dulu. cara dia layan aku, w/pun aku ni hanya orang biasa, tapi dia seriously sangat respect ngan orang lain. so, nama dia aku kenalkan as V.L.

V.L : hello my fren. how are u?
aku : (tengah lap2 muka, pasal baru mandi nak pegi makan, peluh2..) hello V.L. im fine.
V.L : bla..bla..bla..MAS? Air Asia? bla..bla..dinner? aah, lets go..my treat..
kitorang sembang2 sambil makan seafood (kat labuan ni serious seafood murah gilo, makan 6 orang kurang dari rm250..gile aa. tu siap termasuk ketam hidup, ikan masak stim, lobster..huish..xlarat nak senaraikan..)

dia pun start telling the story of his life. simple and very tersusun, plot by plot. as if dia tgh bacakan the story of his biography/life. (aku sgt respek aa, sambil kupas2 isi ketam guna garpu, terkial2 gak la..sebab tangan kupas isi ketam, mata pandang V.L,kusyuk dengar cerita dia)


(gambar sekadar hiasan. #gambar minah italy diambil di tripoli,libya)

suddenly one of us asked his background.. V.L, what u did before this aa ? (yang lain semua terpaku nak dengar jawapan V.L)

so, V.L pun start his story. From how he started till now, become one of the millionaires! milionaire tu beb!V.L started as salesman (sebab tu dia pandai layan customers/clients,friendly, warm welcome), jual wire rope je! before that, dia jadi penghantar barang. lepas few years, he decided to fully understand about his life, and his mission in life (what he wants). dia decided to stop everything, then become wire rope cooley. setakat panjat crane, naik tower, check wire, kene maki, cari sebab wire rosak, buat inspection, till jual wire rope. almost 12 years dia buat kerja ni, then one day, dia nampak peluang.

PELUANG!
Dia tau apa yang dia buat, dia tau apa yang client nak, dan dia pernah kerja dengan company supply barang. so he decided utk jual wire rope sendiri ikut his specs. sebab dia ni memang da categorized as a specialist! so dia tau apa yang dia buat la kan? combine skills in salesman+penghantar wire (logistic)+specialist in wire thingy+berani ambil peluang+xcuba, xtahu, dia pun start buat bisnes sendiri. buat sendiri spec wire yang bagus+tahan, then asked supplier to folow his specs, then jual. rasa2 berjaya? off course berjaya! memula mmg banyak cabaran, but he already spent more than 12 years in this wire rope industry, so he knows everything la.. dia berjaya, itupun selepas bankrupt!lagi sekali, bankrupt! nape bankrup? itu nanti aku story in another entry.

kawan aku : V.L, apa u punya strategi huh? (slllllrrrpppp, hirup teh cina)
V.L : to be the best, i’ll supply the best wire rope laaa..
kawan aku : aiseh, itu cerita common.. semua orang mcm tu
V.L : yes, im telling u the truth (suara ala2 patrick teoh, muka pun lebih kurang)
V.L : u know y? i tell u..

V.L bagitau, dia travel around the world, cari the best wire rope creator. then dia pun jumpa 1 kilang buat wire rope, the eldest one, got reputation too. even queen elizabeth pun recognized this factory. Cerita pasal factory ni, nak sentuh 1 benda, factory ni sangat pentingkan mutu produk. they are not chasing the profit semata2, tp as tradition bisnes,…..

p/s : to be continued (semalam 06/08/09)

(hari ni 07/08/09)

ok, continue balik, sibuk sangat ngan kerja2 kat luar. sorry eh, ramai lak yang x sabar nak tahu camna plot cerita ni berakhir.

pasal kilang tu, memang kekayaannya dah tahap kaya sangat. tapi still buat benda yang sama, x expand pun to another business. just focus on making the wire rope only. kilang ini sangat pentingkan jenama. dari moyang, till now cicit-cicit yang run the business. but langsung x pernah rugi. sebab brand da kukuh. kagum betul aku ngan dorang punya skills dalam isu branding ni. (ada few stories after this, ingat nak upload..bebile dah x bz nanti, cerita pasal branding the business, menarik topic ni). ok, now back to V.L punya kisah. lepas dia dah dapat MOU with wire rope co. tu (which i don’t remember the name.. :p) then dia pun start la jual his product. Dari 1 company to another company. memula agak susah nak perkenalkan business on his own inisiatif, tapi atas sikap x pernah kalah/jemu/bersungguh2, dia tetap jual those wire. until he got 1 contract from 1 company. Peluang dah ada depan mata. dengan peluang yang ada tu, dia berikan sepenuh perhatian (tiada belah bagi) on his business. Clients happy with his performances, and continue his contract for another few years till now followed by contract by another companies worldwide. He got contracts for almost oil and gas field (especially in well intervention/services companies) covered from U.K,Australia,Malaysia, Thailand and etc. Dia sapu habis supply wire rope kat Malaysia (eventhough dia bukan Malaysian,psst..malaysian patut take note about this thing!).


(sekadar gambar hiasan, gambar diambil di tunisia, berhampiran kota lama tunis)

kawan aku : (tepuk tangan)..wah V.L, gile gempak u..
V.L : i learnt from history & failures (everytime orang tanya in malay, he answered in English)
kawan aku : so now, ur company must be big enough la eh? how many personnel o u have aa?
V.L : me, my brother, my tukang jaga akaun, 2 workers downstairs
aku la plak : huh? u kidding me la V.L.. how come u untung million million dollars, but only 5 workers there??
V.L : (baru nak jawab)
kawan aku : aah la.. u always travel here and there.. so tinggal 4 orang saja lagi..
V.L : (bukak mulut, nak jawab..then terus tutup pasal nak ketawa)..
kawan & aku : (saling berpandangan..apahal pulak mamat ni..)
V.L : actually, my brother did the finance job, but he did it manually. (macam masa kita belajar prinsip akaun la kat sekolah, bukak lejer baru, imbangkan..etc), the he xtahan, x sanggup, suda tua, mahu buat akaun lagi, manual plak tu (terjemahan).
V.L : but u know guys, maximum, i repeat, maximum not more than 10 invoces per month.. very sikit maaa..
semua orang : (ketawa ramai2 serentak…)


(sekadar gambar hiasan, gambar di ambil di luzern, switzerland)

yela, bisnes untung juta2 ringgit, tapi sebulan 10 invoices je.. memang la kelakar. itupun his brother x tahan nak buat. so now he is looking for junior accountant (full time or part time), gaji lumayan, kerja sket, hari2 boleh chatting, baca paper..), luahan ikhlas V.L..

aku ada mentioned V.L ni memang suka travel. so he said, everytime he travel, dia akan try to naik teksi untu pergi office,factory,warehouse,jalan2 in town. reasonnya? before dia berjaya till now, dia banyak belajar tips dari pemandu teksi, how to PR client, how to bullshit ( macam2 cerita boleh keluar, tapi mostly cerita yang keluar tu sedap didengar, tapi belum tau kesahihahnya), dan paling penting, taxi driver ni dia tahu segala isu semasa dengan pantas, pastu siap boleh kupas isu tu mengikut pandangan dorang sendiri. senang cerita, untuk tahu apa keperluan masyarakat, tanya la pemandu teksi, mesti dorang boleh bagi at least 1 peluang bisnes yang bagus untuk diterokai, walhal kita x pernah terpikir pun pasal tu.. V.L sudah banyak kali naik teksi di serata dunia, dan x pernah jemu nak naik lagi walaupun dia da jadi jutawan. as what V.L selalu cakap, the taxi driver is my best friend!

morale of the story : banyak betul sikap2 paling asas untuk jadi orang yang berjaya aku sudah listkan kat atas, cari la sendiri eh.. sendiri mau ingat la kan if nak berjaya..

aircond, lampu, etika kerja

semenjak akhir akhir ini, saya terpanggil untuk berkongsikan cerita yang saya alami sendiri, untuk pedoman diri dan kawan-kawan.

saya mempunyai masalah dengan pemasangan aircond di rumah saya. sudah 2 kontraktor saya panggil untuk meninjau dan memberikan penyelesaian. walaubagaimanapun, kontraktor yang pertama, tidak menghadirkan diri, setelah berhari-hari menangguhkan perjumpaan, dari rabu ke sabtu, kemudian ke ahad, akhirnya, langsung menghilangkan diri. tak muncul muncul sampai sudah. kontraktor yang kedua pula, datang dengan ad-hoc, setelah diperkenalkan oleh seseorang. setelah membuat survey dan pengiraan, beliau memberikan sejumlah amount yang saya kira kos dia untuk menyelesaikan pemasangan aircond tersebut. malangnya, kos yang diberikan, terlalu tinggi. membuatkan saya bertanyakan kawan-kawan, dan jelas, jumlah yang diberikan, adalah sangat tinggi dan melampau semata-mata. saya bertanyakan kepada dia, kenapa harga mahal (melalui sms), dan dia memberikan jawapan setelah berdiam kira-kira sejam. jawapannya, kos piping yang mahal. tapi boleh beri diskaun, rm100. saya sebagai pengguna, memikirkan hak saya. cancel.

kemudian, datang seorang kawan, memperkenalkan kawan kepada kawan nya. mereka ialah kontraktor bebas, anak-anak melayu, dan berpengalaman membuat kerja pendawaian sebelum ini. ok, saya setuju. seperti ulangan skrip di atas, mereka datang untuk membuat survey, dan kemudian, memberikan harga. yang, ternyata, sangat memuaskan (berbanding kontraktor ke-2). semuanya ok, namun, seperti biasa, etika kerja yang membuatkan saya kurang berpuas hati.

saya sebagai pengguna / client, apabila mengharapkan servis dari sesuatu company (kontraktor), maka saya akan mengharapkan sesuatu yang saya kira asas kepada konsep servis yang memuaskan. iaitu :

1) harga yang memuaskan
2) apabila berjanji, harus menepati
3) servis yang bagus , pandai melayan client
4) pr yang superb
5) mahir dalam melakukan kerja
6) tegas dalam membuat suatu decision, jika tidak boleh melakukan, harus dinyatakan
7) tidak menggangu masa orang lain ketika melakukan kerja
8 ) bersungguh-sungguh dalam melakukan suatu pekerjaan
9) mempunyai pengalaman, bagi saya ini boleh dikecualikan sekiranya kemahuan diri untuk menyelesaikan itu tinggi
10) mempunyai planning yang bagus, dan back up plan yang boleh di terima customer / client

itu 10 kriteria yang saya fikirkan, perlu di amalkan sekiranya ingin mendapat kepercayaan client, atau dalam kes ini, saya sendiri sebagai cilent. kebiasanyaa, saya tidak mengharapkan sesuatu yang magik untuk sesuatu pekerjaan ini, asalkan keperluan asas yang saya tuntut, dapat dipenuhi, dan dilakukan sepenuh rela oleh kontraktor tersebut, itu sudah memadai bagi saya.

sudahnya, malam tadi, jam 2 pagi, baru saya selesai melihat kontraktor tersebut melakukan kerja-kerja pendawaian, itupun akan disambung pada hari ini, selepas waktu kerja. memang meletihkan, tapi itu yang saya mahukan. saya sudah set target, bila saya akan melihat lampu rumah atau aircond saya terpasang, jadi saya ingin melihat lampu itu bernyala, dan merasai kesejukan aircond dirumah saya sendiri. kepuasan itu yang penting bagi saya.

namun masalah lain yang timbul, keadaan rumah saya membuatkan kerja-kerja pemasangan aircond menjadi begitu mencabar. bukan dari 1 kontraktor, tapi dari 4 kontraktor. cuma, kontraktor yang terakhir belum saya ceritakan, memandangkan, saat saya menceritakan keadaan rumah saya dan strukturnya, belum dibuat site visit, belum di buat calculation lagi, kontraktor tersebut sudah menolak permintaan untuk memasang aircond dirumah saya, katanya, wooo, manyak susah woo.

sekali lagi, saya mengharapkan sesuatu penyelesaian dari anak muda ini yang melakukan pendawaian elektrik pada jam 2 pagi dirumah saya semalam. saya yakin mereka boleh melakukan nya.

yang penting bagi saya, inisiatif mereka untuk menyelesaikan. bukan memberikan alasan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.